Mulai halaman yang mengandungi "mad", bacaan sebaiknya dilakukan secara bersambung. Namun, jika ada murid yang cenderung memanjangkan bacaan yang sepatutnya dibaca pendek, maka perlu ditegur atau diarahkan dengan: "Bacaan putus-putus dahulu".
Jika murid memanjangkan bacaan kerana sedang berfikir huruf seterusnya, maka bacaan juga hendaklah dilakukan secara putus. Berhenti seketika tidak mengapa. ✨🌼😉