Mengenai
Saya merupakan seorang pengajar mengaji peringkat permulaan yang bersedia membimbing para akhawat (perempuan) dari pelbagai peringkat usia — bermula dari kanak-kanak hingga dewasa — untuk membaca Al-Quran dengan betul dan lancar.
Dengan pendekatan yang lembut serta disesuaikan mengikut keperluan individu, saya berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, penuh kesabaran dan motivasi.
Terbuka khusus untuk perempuan dan kanak-kanak lelaki (peringkat awal usia sahaja). Tidak menerima pelajar lelaki remaja atau dewasa.